Wednesday, April 29, 2015

Perjumpaan Pemilik2 Radio Internet



Jom berkenalan dengan rakan-rakan radio internet,dari kanan : Awie (Funker FM), Ibumisali (Luahanrasa),
Wanis (Wanis FM) ,Bella (GFM),Tom Kuruzz (WheelerzNet), Bropian (KoyanFM), Zach Airel (SSM) , Tuan Rahim (Aura FM ) dan SB Sani (GFM)


Akan datang harap lebih ramai yang turut serta ...daftarkan keahlian radio anda bersama PPRIM

Tuesday, March 24, 2015

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN UTK KE AGM

Assalamualaikum,

Pemberitahuan kepada Owner2 radio internet

Tarikh tutup pendaftaran untuk mengikuti AGM PPRIM pada 15 April 2015,dimana pendaftaran yang layak untuk mengikuti AGM PPRIM akan diambil sehingga 15 April 2015 sahaja.

Tarikh AGM PPRIM akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pendaftaran dibuka sepanjang masa.

Monday, March 16, 2015

PPRIM SAH!


Assalamualaikum,sahabat-sahabat dan rakan-rakan radio internet.
Bersama ini kami paparkan sijil pendaftaran PERTUBUHAN PEMILIK RADIO INTERNET MALAYSIA (PPRIM),kami tahu ramai di luar sana tertanya-tanya betul ke pertubuhan ini,dah daftar ke?? Dan banyak persoalan yang timbul ada yang menyokong dan ada juga yang tidak yakin dengan pertubuhan ini..ada juga 'ek eleh' dalam hati.

Antara persoalan yang selalu bermain di minda orang ramai..

1 - PPRIM NI WUJUD KE??

- PPRIM atau Pertubuhan Pemilik Radio Internet Malaysia memang wujud dan tersenarai dalam list ROS dengan nombor pendaftaran PPM-025-14-03032015 (Boleh semak dengan ROS )

2 - PPRIM INI SIAPA PUNYA??

-PPRIM ini adalah untuk ahli PPRIM yang berdaftar dengan PPRIM...dimana sesebuah pertubuhan itu sudah berdaftar dengan ROS , ianya tertakluk di bawah perlembagaan pertubuhan yang di pantau oleh ROS,dengan ini tiada seorang pun yang boleh mengaku pertubuhan itu adalah hakmilik individu.

3-ADA UNTUNG KE KALAU MASUK AHLI PPRIM??

-Buat pengetahuan sahabat-sahabat,PPRIM ini bukan pertubuhan buat duit (berniaga),oleh itu tiada keuntungan dari segi kewangan(pprim ini tidak mempunyai dana).Ia adalah pertubuhan sosial/hobi untuk ahli yang berkecimpung di dalam dunia internet radio broadcasting(homebase).

4- KENAPA DJ TAK BOLEH JOIN??

- Bagus soalan ini,kenapa dj tak boleh join..Buat pengetahuan semua untuk FASA PERTAMA ini memang PPRIM ini untuk owner/pemilik2 radio internet sahaja.Sebab mengapa untuk owner sahaja,Pertubuhan ini ditubuhkan untuk mencari jalan penyelesaian antara radio internet dan  badan2 yang collect royalti.Sekiranya sesebuah radio internet di ambil tindakkan oleh badan2 tersebut, yang bertanggungjawab sudah tentu pemilik radio internet.

 5 - PPRIM INI DAH DAFTAR KE??

- Jawapan bagi soalan ini telah di jawab pada soalan yang pertama di atas .

6 - AJK PPRIM INI BOLEH BUAT KERJA KE??

- Sekiranya AJK tidak boleh buat kerja..sehingga hari ini PPRIM tak dapat nak daftar lagi!!

7 - AJK PPRIM TU SEMUA BOLEH PERCAYA KE??

- Percaya atau tidak,kesemua AJK tertakluk di bawah undang2 dan perlembagaan ROS dan akan di audit setiap tahun oleh juruaudit bertauliah,sekiranya ada sebarang kemusykilan boleh bawa ke mesyuarat tahunan (AGM) boleh buat pemilihan semula apabila telah disahkan oleh pihak ROS.

8 - PPRIM INI UNTUK RADIO HOMEBASE AJA KE??

-Bagi FASA PERTAMA ini memang PPRIM ini untuk radio homebase itu yang di syaratkan oleh badan collect royalti, Syarat itu bukan dari PPRIM,sebab itulah kami berusaha untuk tubuhkan pertubuhan ini bagi mencari jalan penyelesaian berkaitan dengan isu royalti dan banyak lagi isu berbangkit. Perbincangan antara pihak kami(sebelum daftar pertubuhan) dengan badan collect royalti , boleh tengok dan baca bagi hadam di posting kami sebelum ini. 
KLIK [ SINI ]

HENDAK DAFTAR MENJADI AHLI SILA KLIK [SINI]


PPRIM DITUBUHKAN  UNTUK MEMBANTU DAN MENCARI JALAN PENYELESAIAN BUKAN AGENDA PERIBADI.

PPRIM BUKAN BADAN PUNGUT ROYALTI MAHUPUN WAKIL KEPADA BADAN PUNGUT ROYALTI

Thursday, March 5, 2015

TUJUAN PENUBUHAN PPRIM

Tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk memperjuangkan nasib "homebase" internet radio, seperti yg kita sedia maklum kebanyakan "homebase" internet radio tidak memperolehi sebarang pendapatan dan diujudkan kerana minat semata-mata. 

Tetapi ada juga "homebase" internet radio yg menggunakan radio mereka untuk menjalankan perniagaan. Ini mengakibatkan pihak yg memungut royalti beranggapan semua internet radio perlu membayar royalti, kerana memainkan lagu-lagu yg dilindungi dibawah akta hakcipta untuk keuntungan sendiri.

Hasil perbincangan yg lalu(sebelum daftar pertubuhan) dengan pihak royalti 

Badan Royalti beranggapan radio internet (Homebase)

1: Internet radio yg tidak mempunyai studio dan beroperasi dari rumah

2: Pendengar tidak melebihi 30 orang dalam satu-satu masa

3: Tidak mempromosi atau mengiklankan sebarang bentuk/jenis perniagaan di radio ataupun di website.

4: Tidak menghasilkan sebarang dana dari internet radio secara langsung ataupun tidak.
------------------------------------------------------------------------
Mencari jalan penyelesaian tentang perebutan Dj/ Dj sering melompat radio

Layak dipanggil "homebase" internet radio, tetapi masih perlu membuat pembayaran royalti.
Pertubuhan ini diujudkan untuk memperjuangkan nasib "homebase" internet radio.

Jadi sebelom kita melangkah jauh, adakah kita tergolong dalam kategori yg saya sebutkan diatas.

Sekiranya berminat daftarkan keahlian radio anda Klik [ SINI ]
-Nota : Maklumat pendaftaran guna nama mengikut IC/MyKad